Muffin kegemaran kami sekeluarga. Sangat mudah nak membuatnya! Pakai pengisar (blender) je. Opsss! saya chef yang malas memang suka meringkaskan resepi walaupun resepi asal memang sedia ringkas dah.
Highly recommend to ibu-ibu yang kekurangan masa di dapur. Tak sampai 15 minit nak membancuh. Membakar jelah yang makan masa sedikit.
Banana Chocolate Muffin
BAHAN-BAHAN ( -+14 biji muffin cup saiz 7)
- 200g
tepung gandum
- 50g
serbuk koko (saya guna Meiji Milk Cocoa)
- 100g
gula halus
- 1
sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 2
biji telur
- 75ml
minyak masak
- 100ml
susu segar
- 3
biji pisang (patah-patahkan)
*kalau nak guna coklat masakan lain (contoh: Van Houten), saya sukat serbuk koko 30g sahaja & 120g gula halus
KAEDAH:
- Masukkan (ikut turutan) pisang + serbuk koko + gula + telur + minyak masak + susu ke dalam blender. Kisar sehingga sebati agak-agak pisang hancur kesemuanya.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung + baking powder + baking soda yg telah diayak ke dalam adunan. Kisar lagi 5 saat-pause-5 saat-pause sampailah adunan sebati. * jangan kisar terlalu lama.
- Sudukan adunan ke dalam bekas muffin dan hias dengan coklat bar di atasnya. Bakar pada suhu 160-170ºC selama 20-30 minit atau sehingga masak.
 |
Yang ni versi marble |