Kebiasaannya ayam madu dibakar atau dipanggang. Kali ini, saya goreng pula. Isi ayamnya kurang keras / kering berbanding dibakar atau dipanggang.
Sesuai juga untuk dijadikan lauk nasi ayam :)
AYAM MADU (GORENG) / HONEY FRIED CHICKEN
BAHAN- BAHAN (4 orang):
- 4 keping isi ayam tanpa tulang / 4 ketul peha ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat
- 3 sudu besar madu
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam dan putih
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih / 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
- 1/2 sudu kecil serbuk halia @ 1/2 inci halia ditumbuk halus
- 1 sudu kecil serbuk cili (kalau nak pedas)
- minyak goreng terendam
KAEDAH:
- Potong sekeping isi ayam kepada 2 bahagian dan cuci bersih.
- Gaulkan ayam dengan bahan perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap semalaman di dalam peti ais.
- Goreng di dalam minyak terendam sehingga garing.
- Air lebihan perap dimasak sehingga pekat (boleh dicampur sedikit tepung jagung) dan dijadikan sos.
No comments:
Post a Comment